Wokeyh! memandangkan byk permintaan dr kawan², arini Ummi Hayyan nak share resepi Oreo Cheese Cake...Seriously! mmg mabelesss! Boleh try buat kalau tak caye...Ngeee....Cara baking dia pon simple...Jadi, kalau da sapa² nak buat kek ni utk smbut birthday pon boleh....
Jom kita selak² resepi nya :
OREO CHEESE CAKE
Bahan-bahan untuk dasar kek :
2 cawan penuh biskut oreo (1 cup equal to 240g, kalau nak tebal lebihkan lagi)
2 sudu besar butter
1/4 cawan brown sugar
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis (saya tak jumpa, so saya tak masukkan pon dah sedap, kalau masuk mesti lagi sedap)
Bahan-bahan untuk cheesecake :
2 bekas soft cheese jenama Philadelphia (total 600g)
1 cawan gula
1/3 cawan sour cream (kalau takde, ganti dengan plain yogurt pon boleh)
3 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1 biji jus lemon yang diperah
1 1/2 cawan biskut oreo yang dihancurkan (belah 4 pon boleh juga)
Cara membuat dasar kek :
1. Buang krim biskut oreo dan hancurkan menggunakan blender. Kalau takde, masukkan biskut dalam plastik dan ketuk-ketuk dengan lesung batu atau kayu pencanai pon boleh aje.
2. Gaulkan dengan butter yang telah dicairkan dan masukkan brown sugar dan sebuk kulit kayu manis. Gaul dan cuba genggam sehingga boleh dikepal, kalau takleh dikepal, jawabnya kena tambah butter lagi. Kalau uols tambah kuantiti biskut, maka butter juga perlu ditambah sedikit lagi.
3. Letakkan adunan tadi di dalam loyang dan ditekan-tekan manja gitew. Loyang tadi seeloknya dilapis dengan kertas minyak.
4. Sejukkan di dalam peti ais sebentar sementara meneruskan kerja-kerja seterusnya untuk membuat adunan cheesecake pula.
Cara-cara membuat adunan cheesecake :
1. Dedahkan soft cheese Philadelphia pada suhu bilik sekurang-kurangnya 1-2 jam untuk memudahkan kerja-kerja memukul.
2. Pukul cheese menggunakan mixer pada kelajuan sederhana sehingga 3-4 minit, bagi cheese tersebut kembang. Kalau nak guna tangan pon boleh, cuma ambil masa yang agak lama baru cheese tersebut kembang.
3. Bila cheese dah kembang, masukkan gula dan teruskan memutar selama 3-4 minit agar adunan menjadi sebati.
4. Masukkan sour cream dan putar lagi selama 3-4 minit agar adunan menjadi sebati. Then, masukkan tepung gandum, esen vanilla dan jus lemon dan putar selama 1-2 minit sahaja, cukup sekadar bahan tersebut sebati.
5. Pecahkan sebiji telur dan putar selama 1 minit. Pecahkan lagi sebiji telur dan putar selama 1 minit dan seterusnya pecahkan telur yang terakhir dan putar selama 2-3 minit.
6. Masukkan biskut oreo yang dihancurkan (atau dibelah 4 ) ke dalam adunan dan keluarkan bekas dasar kek dan tuang adunan tersebut ke dalam bekas tadi.
Cara-cara untuk membakar cheesecake :
1. Gunakan kaedah water bath (untuk elakkan crack pada cheesecake)
2. Suhu yang digunakan adalah 150 C (dengan heater atas dan bawah) selama 45 minit. Kemudian tutup api oven, keluarkan aluminium foil (kalau tak, kek akan menjadi lembap di bawahnya).
3. Masukkan semula kek ke dalam oven tadi dan biarkan selama 2-3 jam. Masa ni, bila bekas digoyangkan, akan nampak kek belum masak sepenuhnya, it's ok, selepas 2-3 jam dibiarkan dalam oven, kek akan masak sepenuhnya.
4. Selepas itu, setelah kek dah ala-ala tak panas, masukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan, paling kurang 4 jam. Actually, 4 jam tu dah ok, because kalau lagi lama, kek tu akan melekat di tepi bekas apabila dikeluarkan.
