Sunday 17 February 2013

GILA NOVEL!

Owh...Rasa nya dah lama saya tak menulis, mbloggerkan diri....Di atas kesibukkan kerja + kesibukkan melayan karenah anak bujang.. Alhamdulillah, arini bkesempatan saya menjenguk blog yg dah hinggap habuk maybee! heee.....2013....Dtg pulak hobi baru saya slain dr memegang alat² dapur..Yesss!! novell....sekarang dh tukar bidang pulak...Minat pulak dgn mbaca novel...Seronok jugakkk! mana² kwn² yg mempunyai minat yang sama tu, blh la kita bkongsi cerita...btukar² cerita bkenaan dgn novel...ahaks....

Tuesday 12 June 2012

Apam Polkadot



Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna
Cara-cara :
  1. masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

:: SELAMAT MENCUBA ::








Monday 11 June 2012

Qana'ah & bersyukur...

apa itu qanaah?


qana’ah ialah merasa cukup, redha atas kurnia dan rezeki yang diberikan oleh Allah. 

Rasulullah saw bersabda:

"Bukanlah kekayaan itu lantaran banyak harta, kekayaan (yg sebenar) ialah kekayaan jiwa".

erti kekayaan itu adalah berasa cukup dgn apa yg dia ada, manakala erti miskin itu adalah sentiasa berasa tidak cukup dengan apa yang dia ada..

"..Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmat kepada kamu..." (Ibrahim: 7)

Qana'ah dan bersyukur, insyaAllah kita akan menjadi hamba Allah bahagia. ^_^

Friday 8 June 2012

Oreo Cheese Cake

Wokeyh! memandangkan byk permintaan dr kawan², arini Ummi Hayyan nak share resepi Oreo Cheese Cake...Seriously! mmg mabelesss! Boleh try buat kalau tak caye...Ngeee....Cara baking dia pon simple...Jadi, kalau da sapa² nak buat kek ni utk smbut birthday pon boleh....
Jom kita selak² resepi nya :

                                                     OREO CHEESE CAKE

                                                     Bahan-bahan untuk dasar kek :

2 cawan penuh biskut oreo (1 cup equal to 240g, kalau nak tebal lebihkan lagi)
2 sudu besar butter
1/4 cawan brown sugar
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis (saya tak jumpa, so saya tak masukkan pon dah sedap, kalau masuk mesti lagi sedap)

Bahan-bahan untuk cheesecake : 

2 bekas soft cheese jenama Philadelphia (total 600g)
1 cawan gula
1/3 cawan sour cream (kalau takde, ganti dengan plain yogurt pon boleh)
3 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1 biji jus lemon yang diperah
1 1/2 cawan biskut oreo yang dihancurkan (belah 4 pon boleh juga)


Cara membuat dasar kek :

1. Buang krim biskut oreo dan hancurkan menggunakan blender. Kalau takde, masukkan biskut dalam plastik dan ketuk-ketuk dengan lesung batu atau kayu pencanai pon boleh aje.

2. Gaulkan dengan butter yang telah dicairkan dan masukkan brown sugar dan sebuk kulit kayu manis. Gaul dan cuba genggam sehingga boleh dikepal, kalau takleh dikepal, jawabnya kena tambah butter lagi. Kalau uols tambah kuantiti biskut, maka butter juga perlu ditambah sedikit lagi.

3. Letakkan adunan tadi di dalam loyang dan ditekan-tekan manja gitew. Loyang tadi seeloknya dilapis dengan kertas minyak.

4. Sejukkan di dalam peti ais sebentar sementara meneruskan kerja-kerja seterusnya untuk membuat adunan cheesecake pula.


Cara-cara membuat adunan cheesecake : 

1. Dedahkan soft cheese Philadelphia pada suhu bilik sekurang-kurangnya 1-2 jam untuk memudahkan kerja-kerja memukul.

2. Pukul cheese menggunakan mixer pada kelajuan sederhana sehingga 3-4 minit, bagi cheese tersebut kembang. Kalau nak guna tangan pon boleh, cuma ambil masa yang agak lama baru cheese tersebut kembang.
3. Bila cheese dah kembang, masukkan gula dan teruskan memutar selama 3-4 minit agar adunan menjadi sebati.

4. Masukkan sour cream dan putar lagi selama 3-4 minit agar adunan menjadi sebati. Then, masukkan tepung gandum, esen vanilla dan jus lemon dan putar selama 1-2 minit sahaja, cukup sekadar bahan tersebut sebati.
5. Pecahkan sebiji telur dan putar selama 1 minit. Pecahkan lagi sebiji telur dan putar selama 1 minit dan seterusnya pecahkan telur yang terakhir dan putar selama 2-3 minit.

6. Masukkan biskut oreo yang dihancurkan (atau dibelah 4 ) ke dalam adunan dan keluarkan bekas dasar kek dan tuang adunan tersebut ke dalam bekas tadi.


Cara-cara untuk membakar cheesecake :

1. Gunakan kaedah water bath (untuk elakkan crack pada cheesecake)

2. Suhu yang digunakan adalah 150 C (dengan heater atas dan bawah) selama 45 minit. Kemudian tutup api oven, keluarkan aluminium foil (kalau tak, kek akan menjadi lembap di bawahnya).

3. Masukkan semula kek ke dalam oven tadi dan biarkan selama 2-3 jam. Masa ni, bila bekas digoyangkan, akan nampak kek belum masak sepenuhnya, it's ok, selepas 2-3 jam dibiarkan dalam oven, kek akan masak sepenuhnya.

4. Selepas itu, setelah kek dah ala-ala tak panas, masukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan, paling kurang 4 jam. Actually, 4 jam tu dah ok, because kalau lagi lama, kek tu akan melekat di tepi bekas apabila dikeluarkan.







Tuesday 5 June 2012

Pucuk Paku Goreng Tuna Pedas

Wokeyh! Ada masa free, saya update kan lagi resepi....Resepi hasil diri sendiri nih! kuang³.....ikut citarasa sendiri jer....Kalau sng, blh la try..sayur nih mkn dgn nasi putih panas² pon sodap! Jom tgk resepi!

PUCUK PAKU GORENG TUNA

Bhn² :

1 ikat sayur pucuk paku (potong dan bersihkan)
1 tin tuna pedas ( tin kaler hijau )
Sedikit Halia ( Di potong halus)
Minyak masak
Garam dan serbuk perasa


Cara Membuat :

Masukkan minyak masak...apabila minyak dah masak, masukkan halia goreang hingga kekuningan barulah masukkan tuna pedas..Apabila tuna dah kelihatan garing, baru masukkan pucuk paku...letak garam dan serbuk perasa secukupnya....Siap! utk di hidangkan =)


Selamat Mencuba~


Monday 4 June 2012

Sotong Goreng Bersalut Tepung



Ngeh..ngeh...ngeee.....seperti yg di janjikan....Resepi sotong bsalut tepung Ummi hayyan sharekan utk kawan²....Cara memasak pun simple, ni slh satu makanan kegemaran babah Hayyan....Slurppp gitu! kih³..Nak try? silakan.....


Sotong Goreng Bersalut Tepung


Bahan² :~
500g Sotong ( di potong dan d toskan )
Tepung Serbaguna ( Ummi guna tepung kfc jer )
Baking powder ( 1 sudu kecil jer)
Garam dan sedikit sebuk perasa
1 biji telur (ambik putih telur )
Add kalau nak pedas letak ckit serbuk kari


Cara Membuatnya :


Campurkan tepung serbaguna, garam, serbuk perasa dgn baking powder. Kemudian, celupkan sotong ke dalam adunan putih telur lepas tu masukkan sotong ke dlm adunan tepung..Goreng di dalam api ya panas...masak sehingga sotong kekuningan baru lah di angkat...








Sunday 3 June 2012

Ayam Kicap Berlada Hitam


Alhamdulillah...malam ni, selesai tugas menjadi surirumahtangga, baru lah dpt nak update benda alah nih! kih3...seperti yg d jnji kan, skrg Ummi Hayyan nak tunaikan i lagi resepi masakan yg ummi ambil dr kak DayangJack.Seriously! mmg sedap..tak percaya? try ler rasa sendiri!!! Ada berani?? Ngeh..ngeh...ngeeee~


Ayam Kicap Berlada Hitam 
Resepi : DayangJack


bahan-bahan :
 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak)
 1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
1 sudu makan cili kisar/cili giling
1 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan sos tiram
sedikit kicap manis
sedikit hirisan daun sup
sedikit madu/gula dan garam
sedikit air asam jawa
rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)

bahan-bahan kisar :
5 biji bawang merah
 2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai

 Cara-cara :

Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan kicap pekat.

Perapkan sebentar selama 1/2 jam.

 Sediakan minyak masak untuk menumis.

Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi.

Kemudian masukkan cili giling.

Tumis lagi hingga pecah minyak.

Masukkan sos tiram dan kacau sebati.

Kemudian masukkan ayam.

Gaulkan rata-rata. Masukkan air secukupnya.

 Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.

 Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa.

Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api.

Masukkan bawang goreng tadi dan gaul-gaulkan.

Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!